= my latest artwork =

akuisme.png

Tinggalkan komen »

= seorang insan bergelar anak =

Freddy Aguilar

Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Tinggalkan komen »

= 2007 are abt to end, 2008’s coming =

Assalamualaikum wbt semua visitors….

Lama gak arr aku x update blog ni… hmmm.. tahun 2007 dh nk pegi..tahun 2008 smakin dekat… PMR result smakin dkt gak… macam mane azam aku tahun ni? Alhamdulillah, azam aku sumenye tercapai 90% . yg baki sepoloh tu dh x dpt diganti sbb aku termiss… ok la… aku pun dh tinggalkan dh azam tuh… skang ni azam aku utk taun 2008 lak…

Azam aku for next yr…

  • cukupkan semayang
  • nk ramai kawan
  • popular kat skola baru klau aku pindah skolah
  • kurengkan dose
  • bwat seberapa byk aktiviti outdoor
  • aktif koko
  • stadi rajin2
  • top my siblings
  • converse in english as much as i can
  • masuk drama (x kire, wlaupun jd cameo je)
  • lepak2 ngan geng
  • get hook up(???????!)

stakat ni itu je la… semoga taun depan akan jadi taun yg lebeyh baik dr taun yg sblomnya… AMIN.

Komen (2) »

= Malaysian Bloggers United =

bloggers-united-colours-black-border.jpg

bloggers2 skalian, letaklah logo di atas ini di blog anda bagi melambangkan penyatuan kita atas kebebasan bersuara…

wassalamualaikum~

Komen (1) »

Karangan Budak Darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.Lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.

Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Komen (2) »

= sayangnya ALLAH pada wanita =

Beza Lelaki & Wanita



Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas
yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

” Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah yang percaya pada Allah dan
RasulNya. Kalau ada mereka pada suatu pekerjaan bersama-sama tidaklah
mereka pergi saja (meninggalkan majlis) sebelum meminta izin kepadanya.
(An-Nur:62) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang
telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “

Komen (2) »

= 5 things that I extremely wanna do but I’ll never get a chance to do…boo hoo… =

  1. KUAR MUKA AKU ON AIR KAT TV.
  2. KELILING BUMI @ DUNIA DGN TAJAAN 100%
  3. TAMATKAN SEGALA KONFLIK DI DUNIA
  4. MENDAKI SEMUA GUNUNG2 DAN BUKIT DI DUNIA
  5. …… X SURE AH…

Tinggalkan komen »

= Harder and Harder =

Harder and Harder

                Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca blog sekalian. Boringnyer duk umah. Result pun satu… awat la kuar awal sgt??? Tinggal brapa belas ari je lagi… gelisah hati la plak. Adakah berat badan aku akan susut lagik seperti mana ketika dkt2 nk peksa ari tuh? Takot gak… aku pun rasa sains cam kureng boleh buat la ari tu. Waaaaaaaaaaaaaaa~~~ ish ni yang aku dok getaq ni. Kalau la satu subjek ni miss mampus… Every days and nights are getting harder and harder…

                Ok la, mls la nk pk lagi. Chow~ adios

Assalamualaikum.

13 Disember 2007, Khamis 10.40pm, Malam selepas hujan…

Tinggalkan komen »

= Malakat 92 =

hmm… cuti ni aku banyak abiskan masa kat Malakat92 ni… hmm… malakat92 ni dibuat oleh seorang budak form3(2007) dr perlace… kebanyakan ahli mula2nya dtg dr group di FS 1992. oleh sbb fs nye forum x besh n susah, maka mie(owner@admin) pon tergerak utk buat malakat92 ni..

kat malakat92 ni aku jumpe byk kawan baru n berbagai2 jenis manusia. diorg ni sume dilahirkan pd 1992… antara kawan baru aku:

anaz

akeem (admin)

mie (admin@owner)

amilah

ibn_daud

awwin

elly

faridah haniem

chong@hairil

J.U.E

afif

kina@nenek

miera

neesa

rafaiz

wanee

maz

yusz@wawa

faisal

nitro

and ramai lagik r…

so, to all 92s, plz register urself at http://malakat92.ipbfree.com   now!!! nice to noe u all

till then, assalamualaikum~~

Komen (1) »

= Tagged already… kui3 =

hmm… sape la yg start dulu game ni ekk aku pun sbenarnya x paham gak mula2… huhuhu. n then aku tgk blog zeeyazain … owh baru aku paham…

ni rules dia:

1. The tag victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.

2. Have to mention the gender of his/her perfect lover.

3. Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.

4. If you are tagged the second time, there is NO need to do this again.

5. Lastly, and most importantly, HAVE FUN DOING IT. (- ____ -)

ok, the ideal points that must-have in my dream chic is:

1. BE feminine at the correct times, correct place aka x ngengada…

2. Pandai bawak diri sendiri @ berdikari

3. yg sudi mencintai diri ini @ prepared to devote herself…

4. dengaq kata

5. understanding

6. dapat menerima kelemahan dan kelebihan aku

7. ade budi pekerti n fizikal yg sedap mata memandang…

8. bkn ANIME freak….

huhuhu… till then, gudbye~~

Assalamualaikum. Adioz~@

siggie.png

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Tinggalkan komen »